Tuesday, January 12, 2010

Institut Jantung Negara (IJN) Wajar diswastakan

Institut Jantung Negara (IJN) Wajar diswastakan
Oleh: Mansid

Beberapa bulan dahulu kedengaran IJN akan diswastakan dan syarikat perniagaan yang berhajat membelinya ialah Kumpulan Sime Darby di mana Tun Musa Hitam adalah pengerusinya.

Bagaimanapun, setelah mendapat kritikan daripada orang ramai, Kerajaan menarik balik cadangan menjual IJN kepada Kumpulan Sime Darby. Dan kemudiannya, Kumpulan Sime Darby menarik balik hajatnya bagi membeli IJN yang berprestig antarabangsa dan sebuah syarikat yang menguntungkan.

Beberapa hari yang lepas saya telah menemani isteri bagi membuat rutin penjagaan kesihatan mengenai jantung setiap enam bulan. Agak terpegung saya dengan kemajuan IJN yang dicapai. Ada bangunan tambahan baru. Orang ramai macam Hospital Kuala Lumpur. Tapi fahamlah, yang datang tu bukannya semua sihat. Ada yang tua dan ada yang berkerusi roda--menunggu giliran nama dipanggil doktor.

Bahagian Farmasi pun banyak kaunter pelanggan. Servis kepada pelanggan cekap. Tak banyak red tape.

Bahagian kaunter pelanggan, stafnya cekap menjawap soalan. Papan arah tuju banyak dan jelas--seperti ke Farmasi dan bilik air. Pendek kata mutu khidmatnya memang kelas.

Jadi saya terfikir balik ura-ura nak swastakan IJN kepada Kumpulan Sime Darby satu masa dulu. Sime Darby adalah syarikat awam yang kaya raya, yang siang malam nak cari untung dengan mudah dan tak perlu fikir atau pening kepala. Cari saje syarikat Kerajaan yang untung macam IJN dan takeover.

Sime Darby nak takeover syarikat swasta tak mampu kerana mahal. Jadi carilah syarikat milik Kerajaan yang untung dan undervalue. Lepas takeover mereka akan buat touch-up sana-sini dan kemudian mengenakan caj yang tinggi kepada pesakit, kononnya perkhidmatan mereka telah dapat ditingkatkan. Dan dengan alasan politik, "penswastaan IJN akan meningkatkan mutu perkhidmatannya dan kumpulan bawahan tidak akan dilupakan". Ini semua gula-gula untuk kanak-kanak.

Tidak semestinya penswastaan memberi kebaikan. Ya memang ada kebaikannya. Seperti apabila syarikat untung, cukai Kerajaan pun meningkat. Dan dengan kutipan cukai itu maka banyaklah jalan-jalan, sekolah dan masjid akan dapat dibina. Maknanya tanpa penswastaan, rakyat tak dapat dibantu.

Yang tak baiknya ialah kepada orang ramai yang berpendapatan rendah. Tidak mampu membayar kos rawatan jantung yang tinggi dan membayar kos bilik hotel 5 star.

Jadi dalam soal penswastaan Kerajaan hendaklah menyediakan polisi yang bersifat membangun dan berkonsepkan 1Malaysia khususnya "pencapaian diutamakan dan rakyat didahulukan".

Dalam konteks rakyat didahulukan, maka projek-projek yang bersifat kehendak asas rakyat tidak diwajar diswastakan, dalam kes ini ialah IJN. Jantung adalah antara penyakit utama negara dan dunia, maka Kerajaan ada peranan khusus untuk menyelamatkan rakyatnya. Bayangkan jika IJN diswastakan sudah tentu ramai rakyat umum tidak berpeluang mendapat kemudahan rawatan di IJN.

Jadi, IJN janganlah dimimpikan untuk diswastakan. Tengoklah Hospital Pantai pabila ia diswastakan dan kemudiannya telah dijual kepada orang Singapura. Jadi penswastaan Hospital pantai memang menguntungkan orang asing dan bukannya rakyat Malaysia.

Motif Sime Darby membeli IJN hanya bermotifkan duit semata-mata. Dengan liberalisi kewangan di seluruh dunia, tidak mustahil IJN akan dijual kepada syarikat luar negara dengan keuntungan beratus juta ringgit dalam sekelip mata tanpa penat lelah membangunkan IJN sebagai pusat perubatan yang terkenal diseluruh dunia.

Akhir kata, IJN adalah satu indicator jelas kepada Kerajaan ia adalah sebuah instutusi yang melaksanakan CSR (corporate sosial responsibility) di peringkat nasional yang sedang dippopularkan oleh kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia yang dikasihi.

Wednesday, November 14, 2007

Hadiah Penyapu Daripada Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo telah menghadiahkan sepucuk penyapu kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor kerana gagal mencapai sasaran dalam mengutip cukai dalam Majlis Anugerah Bulan Kualiti 2007.

Sumber: Utusan Malaysia 13 November 2007


ISU

Apakah ia tindakan yang sesuai oleh Menteri Besar Selangor itu?

Ulasan

Tindakan itu tidak bersesuaian dengan budaya orang Melayu kerana ia bersifat boleh menjatuhkan marwah seseorang.

Tetapi jika diteliti, ia satu tindakan yang profesional dan bijak kerana ia satu sindiran kepada rakyat Selangor yang ingkar membayar cukai terutama daripada orang-orang Melayu. Orang Melayu Selangor memang lupa daratan...nama saja "SELANGOR MAJU" tetapi engkar membayar cukai.

Kerajaan Negeri lain yang kaya seperti Johor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan patut ikut tindakan YB Menteri Besar Selangor itu. Kalau boleh bukan bagi satu penyapu tetapi 2 atau lebih bergantung kepada bilang orang tidak membayar cukai.

How to Become Professional Blogger

Sponsor Link
Why Blog? The Purpose of Blogging

Tuesday, August 14, 2007

20 maut: Nahas Terburuk

20 maut: Nahas Terburuk

20 maut apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terhumban. Polis sahkan pemandu ada 15 saman trafik dan 2 waran tangkap.

Sumber: Berita Harian, 14 Ogos 2007

ISU

Mengapa peristiwa kemalangan terus berlaku. Apa yang pasti Malaysia memang lemah dalam menguatkuasakan undang-undang sedia ada. Pesalah jalan raya harus dihukum mati jika ia melibatkan kematian nyawa awam. Nasib baik pemandu bas tersebut mati sama.

Proven Ways to Make Money On the Internet

Saturday, August 11, 2007

Universiti Pelancongan di Balik Pulau

Universiti Pelancongan di Balik Pulau

Sebuah Universiti Pelancongan dicadang dibuka di Pulau Pinang di mana YAB Perdana Menteri telah dikatakan bersetujunya.

Sumber: Mingguan Malaysia, 12 Ogos 2007

ISU

1. Mengapa perlu sebuah universiti yang khusus untuk pelancongan? Apakah rasionalanya.

2. Adakah kursus-kursus berkaitan pelancongan di institusi tempatan contohnya UITM tidak berupaya menghasilkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pelancongan?

3. Siapakan pelanggan Universiti Pelancongan di mana produk mereka (graduan) akan dibekal dan dipasarkan? (Kita harap graduan akan marketable?)

Rombak Sistem Sekolah Rendah

Rombak Sistem Sekolah Rendah

Kementerian Pelajaran akan merombak empat asas utama pendidikan di peringkat sekolah rendah meliputi (a) kurikulum, (b) kokurikulum, (c) pentafsiran peperiksaan, dan (d) latihan semula guru, iaitu untuk digunapakai pada tahun 2010

Sumber: Mingguan Malaysia, 12 Ogos 2007.

ISU

1. Adakah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang telah dilancarkan baru-baru ini akan dirombak atau dipinda?

2. Adakah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan tersebut tidak komprehensif yang menyebabkan Kementerian Pelajaran bercadang merombak dasar pendidikan di peringkat sekolah rendah?

Isu Hakim Besar Malaysia

Isu Hakim Besar Malaysia

Hakim Besar Malaya telah kosong sejak Januari 2007 dan jawatan itu dipangku oleh Ketua Hakim Negara. (Biasanya penjawat yang lebih tinggi tidak akan memangku jawatan yang lebih rendah--lebih sesuai dipakai "menanggung kerja"). Sehingga kini jawatan tersebut belum diisi.

Sumber: Mingguan Malaysia, 12 Ogos 2007.

ISU
1. Kerajaan sebenarnya tidak mempunyai dasar succession plan dalam hal-hal pentadbiran negara.

2. Kerajaan juga tidak mempraktikkan polisi memperbaiki Sistem Deliveri seperi yang mereka selalu suarakan kepada jentera Kerajaan.