Wednesday, April 28, 2010

Melayu Tidak Boleh Menutup Mulut

Melayu Tidak Boleh Menutup Mulut

Kisah mulut dan pecah rahsia orang Melayu sudah menjadi trade mark kepada bangsa Melayu, samada daripada kesah dongeng orang-orang Melayu, buku-buku cerita orang-orang Melayu, filem-filem Melayu, sejarah kesultanan Melayu, sejarah moden dan akhirnya politik Melayu masa kini.

Kisah terbaharu politik Melayu, "saya terima RM4 juta", begitulah tajuk utama Utusan Malaysia pada hari Khamis, 29 April 2010. Seorang lagi Melayu telah memecahkan rahsia bangsanya iaitu Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau dikenali dengan Kickdefella. Melayu ini, seorang penulis blog mengaku telah menerima RM4 juta bagi membolehkan beliau menulis mengenai keburukan Tun Abdullah Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia, dan secara tidak langsung bertujuan bagi menguatkan kedudukan PAS supaya terus memerintah Kelantan.

Lebih memburukkan orang yang rapat dan di percayai akan memecahkan rahsia setiakawan. Syed Azidi dilaporkan sebelum ini cukup akrab dengan kepimpinan PAS Kelantan dan beliau pernah menjadi Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).