Sunday, May 16, 2010

PKR ialah "Parti Kian Runtuh"

Semasa saya menonton TV jam lebih kurang jam 11 malam ini (16 Mei 2010), saya mendengar sedutan kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu PKR ialah "Parti Kian Runtuh". Pendapat beliau itu berdasarkan kepada perkembangan politik semasa, iaitu semakin ramai pemimpin dan ahli PKR yang meninggalkan parti itu.

Pada pendapat saya, kata-kata itu boleh memberi impak buruk kepada Barisan Nasional khasnya dan UMNOnya.

Ini kerana ada kumpulan rakyat Malaysia yang tidak suka dengan sifat manusia "suka mengata orang". Rakyat Malaysia yang berpendirian "tidak suka mengata orang" akan memberi simpati kepada mereka yang "kena kata".

Rakyat Malaysia yang simpati ini berpendapat, semua orang hendaklah bersikap profesional dan gentleman. Bak kata orang Melayu, "ada mata pandang, ada telinga dengar dan ada mulut diam". Walau apa pun terjadi dalam politik dan sosio-budaya Malaysia, hendaklah tengok dan tidak perlu mengata-mengata. Tidak perlu "mengata-mengata".

Bagi UMNO dan Barisan Nasional, mereka hendaklah menguatkan kedudukan parti masing-masing. Ini kerana kekentalan Barisan Nasional dan UMNO belum diuji dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib. Pilihanraya akan datang akan menentukan kekentalan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib.

Datuk Seri Najib adalah antara pemimpin terbaik. Beliau seorang pemimpin yang profesional dan bekerja kuat untuk menguatkan UMNO dan Barisan Nasional tanpa banyak "mengata orang". Kita bimbang sikap positip dan gentleman (tidak suka mengata orang") oleh Datuk Seri Najib telah di neutralisekan atau dicairkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang lain. Ia adalah satu kerugian kepada Barisan Basional.

Kekalahan Barisan Nasional di Sibu harus menjadi iktibar kepada Barisan Nasional bahawa Barisan Nasional masih belum diterima secara solid oleh rakyat Malaysia.

Jadi kita jangan suka "mengata orang".

Mansid
Kuala Lumpur.
17 Mei 2010.

Wednesday, April 28, 2010

Melayu Tidak Boleh Menutup Mulut

Melayu Tidak Boleh Menutup Mulut

Kisah mulut dan pecah rahsia orang Melayu sudah menjadi trade mark kepada bangsa Melayu, samada daripada kesah dongeng orang-orang Melayu, buku-buku cerita orang-orang Melayu, filem-filem Melayu, sejarah kesultanan Melayu, sejarah moden dan akhirnya politik Melayu masa kini.

Kisah terbaharu politik Melayu, "saya terima RM4 juta", begitulah tajuk utama Utusan Malaysia pada hari Khamis, 29 April 2010. Seorang lagi Melayu telah memecahkan rahsia bangsanya iaitu Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau dikenali dengan Kickdefella. Melayu ini, seorang penulis blog mengaku telah menerima RM4 juta bagi membolehkan beliau menulis mengenai keburukan Tun Abdullah Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia, dan secara tidak langsung bertujuan bagi menguatkan kedudukan PAS supaya terus memerintah Kelantan.

Lebih memburukkan orang yang rapat dan di percayai akan memecahkan rahsia setiakawan. Syed Azidi dilaporkan sebelum ini cukup akrab dengan kepimpinan PAS Kelantan dan beliau pernah menjadi Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Friday, March 19, 2010

Tuesday, January 12, 2010

Institut Jantung Negara (IJN) Wajar diswastakan

Institut Jantung Negara (IJN) Wajar diswastakan
Oleh: Mansid

Beberapa bulan dahulu kedengaran IJN akan diswastakan dan syarikat perniagaan yang berhajat membelinya ialah Kumpulan Sime Darby di mana Tun Musa Hitam adalah pengerusinya.

Bagaimanapun, setelah mendapat kritikan daripada orang ramai, Kerajaan menarik balik cadangan menjual IJN kepada Kumpulan Sime Darby. Dan kemudiannya, Kumpulan Sime Darby menarik balik hajatnya bagi membeli IJN yang berprestig antarabangsa dan sebuah syarikat yang menguntungkan.

Beberapa hari yang lepas saya telah menemani isteri bagi membuat rutin penjagaan kesihatan mengenai jantung setiap enam bulan. Agak terpegung saya dengan kemajuan IJN yang dicapai. Ada bangunan tambahan baru. Orang ramai macam Hospital Kuala Lumpur. Tapi fahamlah, yang datang tu bukannya semua sihat. Ada yang tua dan ada yang berkerusi roda--menunggu giliran nama dipanggil doktor.

Bahagian Farmasi pun banyak kaunter pelanggan. Servis kepada pelanggan cekap. Tak banyak red tape.

Bahagian kaunter pelanggan, stafnya cekap menjawap soalan. Papan arah tuju banyak dan jelas--seperti ke Farmasi dan bilik air. Pendek kata mutu khidmatnya memang kelas.

Jadi saya terfikir balik ura-ura nak swastakan IJN kepada Kumpulan Sime Darby satu masa dulu. Sime Darby adalah syarikat awam yang kaya raya, yang siang malam nak cari untung dengan mudah dan tak perlu fikir atau pening kepala. Cari saje syarikat Kerajaan yang untung macam IJN dan takeover.

Sime Darby nak takeover syarikat swasta tak mampu kerana mahal. Jadi carilah syarikat milik Kerajaan yang untung dan undervalue. Lepas takeover mereka akan buat touch-up sana-sini dan kemudian mengenakan caj yang tinggi kepada pesakit, kononnya perkhidmatan mereka telah dapat ditingkatkan. Dan dengan alasan politik, "penswastaan IJN akan meningkatkan mutu perkhidmatannya dan kumpulan bawahan tidak akan dilupakan". Ini semua gula-gula untuk kanak-kanak.

Tidak semestinya penswastaan memberi kebaikan. Ya memang ada kebaikannya. Seperti apabila syarikat untung, cukai Kerajaan pun meningkat. Dan dengan kutipan cukai itu maka banyaklah jalan-jalan, sekolah dan masjid akan dapat dibina. Maknanya tanpa penswastaan, rakyat tak dapat dibantu.

Yang tak baiknya ialah kepada orang ramai yang berpendapatan rendah. Tidak mampu membayar kos rawatan jantung yang tinggi dan membayar kos bilik hotel 5 star.

Jadi dalam soal penswastaan Kerajaan hendaklah menyediakan polisi yang bersifat membangun dan berkonsepkan 1Malaysia khususnya "pencapaian diutamakan dan rakyat didahulukan".

Dalam konteks rakyat didahulukan, maka projek-projek yang bersifat kehendak asas rakyat tidak diwajar diswastakan, dalam kes ini ialah IJN. Jantung adalah antara penyakit utama negara dan dunia, maka Kerajaan ada peranan khusus untuk menyelamatkan rakyatnya. Bayangkan jika IJN diswastakan sudah tentu ramai rakyat umum tidak berpeluang mendapat kemudahan rawatan di IJN.

Jadi, IJN janganlah dimimpikan untuk diswastakan. Tengoklah Hospital Pantai pabila ia diswastakan dan kemudiannya telah dijual kepada orang Singapura. Jadi penswastaan Hospital pantai memang menguntungkan orang asing dan bukannya rakyat Malaysia.

Motif Sime Darby membeli IJN hanya bermotifkan duit semata-mata. Dengan liberalisi kewangan di seluruh dunia, tidak mustahil IJN akan dijual kepada syarikat luar negara dengan keuntungan beratus juta ringgit dalam sekelip mata tanpa penat lelah membangunkan IJN sebagai pusat perubatan yang terkenal diseluruh dunia.

Akhir kata, IJN adalah satu indicator jelas kepada Kerajaan ia adalah sebuah instutusi yang melaksanakan CSR (corporate sosial responsibility) di peringkat nasional yang sedang dippopularkan oleh kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia yang dikasihi.