Thursday, April 7, 2011

Tungakan Hutang PTPTN RM1.1 bilion

Mengikut Berita Harian 8 April 2011, seramai 214,790 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah menamatkan pengajian masih degil menjelaskan hutang tersebut yang berjumlah RM1.1 bilion, iaitu angka sejak 2007. Ini dibangkitkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled, Menteri Pengajian Tinggi.

Ini cerita lama yang tidak ada kesudahan dan nampaknya ia tidak boleh diselesaikan sehingga ke hari. Hanya berita tunggakan yang selalu kita dengar bukannya langkah bagi mengatasi masalah itu.

Pelajar-pelajar yang tidak mahu membayar itu kerana sikap...warisan sikap keturunan Melayu yang tidak suka menjelaskan pinjaman atau hutang walaupun hutang belanja dapur dari kedai-kedai di kampung.

Masalah ini dihadapi juga MARA yang mengeluarkan pinjaman kepada bapa-bapa mereka bagi menjalankan projek perniagaan. Walaupun berjaya dalam perniagaan, tidak mahu menjelaskan pinjaman MARA itu.

Jadi soal sikap, sesiapa pun tidak boleh buat apa-apa kecuali yang empunya diri itu sendiri.

Sebenarnya senang sahaja menyelesaikan tunggakan hutang PTPTN seperti yang dibangkitkan oleh Menteri itu.

Kita tahu yang tidak membayar pinjaman itu ialah majoritinya orang Melayu. Kebanyakan bekas pelajar ini bekerja dengan Kerajaan. Buat sahaja undang-undang yang membolehkan gaji bulanan mereka dipotong melalui BIRO ANGKASA bagi menjelaskan hutang PTPTN. Dulu kita ada dengar cadangan ini, tetapi ia senyap bagitu sahaja.

Apa masalah bagi melaksanakan cadangan potongan gaji, saya tak tahu.

Lagi satu cara ialah membuat potongan gaji secara paksa seperti membayar cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kerajaan ada kuasa, ia boleh melaksanakan apa sahaja demi kepentingan negara dan rakyat

"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan."

No comments: