Tuesday, August 14, 2007

20 maut: Nahas Terburuk

20 maut: Nahas Terburuk

20 maut apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terhumban. Polis sahkan pemandu ada 15 saman trafik dan 2 waran tangkap.

Sumber: Berita Harian, 14 Ogos 2007

ISU

Mengapa peristiwa kemalangan terus berlaku. Apa yang pasti Malaysia memang lemah dalam menguatkuasakan undang-undang sedia ada. Pesalah jalan raya harus dihukum mati jika ia melibatkan kematian nyawa awam. Nasib baik pemandu bas tersebut mati sama.

Proven Ways to Make Money On the Internet

Saturday, August 11, 2007

Universiti Pelancongan di Balik Pulau

Universiti Pelancongan di Balik Pulau

Sebuah Universiti Pelancongan dicadang dibuka di Pulau Pinang di mana YAB Perdana Menteri telah dikatakan bersetujunya.

Sumber: Mingguan Malaysia, 12 Ogos 2007

ISU

1. Mengapa perlu sebuah universiti yang khusus untuk pelancongan? Apakah rasionalanya.

2. Adakah kursus-kursus berkaitan pelancongan di institusi tempatan contohnya UITM tidak berupaya menghasilkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pelancongan?

3. Siapakan pelanggan Universiti Pelancongan di mana produk mereka (graduan) akan dibekal dan dipasarkan? (Kita harap graduan akan marketable?)

Rombak Sistem Sekolah Rendah

Rombak Sistem Sekolah Rendah

Kementerian Pelajaran akan merombak empat asas utama pendidikan di peringkat sekolah rendah meliputi (a) kurikulum, (b) kokurikulum, (c) pentafsiran peperiksaan, dan (d) latihan semula guru, iaitu untuk digunapakai pada tahun 2010

Sumber: Mingguan Malaysia, 12 Ogos 2007.

ISU

1. Adakah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang telah dilancarkan baru-baru ini akan dirombak atau dipinda?

2. Adakah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan tersebut tidak komprehensif yang menyebabkan Kementerian Pelajaran bercadang merombak dasar pendidikan di peringkat sekolah rendah?

Isu Hakim Besar Malaysia

Isu Hakim Besar Malaysia

Hakim Besar Malaya telah kosong sejak Januari 2007 dan jawatan itu dipangku oleh Ketua Hakim Negara. (Biasanya penjawat yang lebih tinggi tidak akan memangku jawatan yang lebih rendah--lebih sesuai dipakai "menanggung kerja"). Sehingga kini jawatan tersebut belum diisi.

Sumber: Mingguan Malaysia, 12 Ogos 2007.

ISU
1. Kerajaan sebenarnya tidak mempunyai dasar succession plan dalam hal-hal pentadbiran negara.

2. Kerajaan juga tidak mempraktikkan polisi memperbaiki Sistem Deliveri seperi yang mereka selalu suarakan kepada jentera Kerajaan.