Monday, April 25, 2011

Longkai Memasang Perangkap Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan mungkin berpunca dari longkai yang
menabur paku, minyak dan pasir atas jalanraya.
Saya terbaca tajuk akhbar Utusan Malaysia hari ini (25/4/2011): "Kemalangan dirancang, trak tunda raih pendapatan lumayan."

Utusan Malaysia mengulas ada pihak yang mengupah 'longkai' bagi menabur paku, minyak dan pasir di kawasan-kawasan yang mudah berlaku kemalangan. Ini perkara biasa kita dengar dan ditempuhi. Malah ada yang menabur kacang hijau supaya  permukaan jalan menjadi semakin licin. Adalah dipercayai perbuatan khianat ini didalangi oleh pemilik bengkel kereta, ini kerana mereka inilah yang akan membuat tuntutan insurans ke atas kenderaan yang mereka baiki.

Apabila berlaku kemalangan, pihak yang mendapat keuntungan besar ialah bengkel membaiki kereta dan pengendali trak tunda yang mampu meraih keuntungan daripada duit haram ini sebanyak RM10,000 sebulan. Pihak yang rugi ialah syarikat-syarikat insurans kerana membayar tuntutan insurans kemalangan kepada bengkel kereta.

Tetapi dalam jangkapanjang yang rugi ialah pemilik kenderaan atau pemegang polisi insurans kenderaan. Ini kerana syarikat-syarikat insurans akan menaikkan kadar premium insurans setiap tahun bagi menampung kos tuntutan insurans. Jika tidak, syarikat insurans akan gulung tikar.

Perkara ini tidak diketahui oleh pihak polis walaupun meraka datang semasa membuat siasatan kemalangan. Ini disebabkan tahap profesionalisma mereka dalam menganalisis punca-punca kemalangan masih rendah. Jika mereka tahu dan sedar sudah tentu Kerajaan mengam bil tindakan yang tegas bagi melindung pengguna.

"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

Sunday, April 17, 2011

Raja Petra Pun Tak Boleh Dipercayai Lagi

Menarik juga membaca akhbar Utusan Malaysia pada 18 April 2011 berbunyi "Saya telah lama kritik Anwar - Raja Petra".

Akbar melaporkan iaitu Raja Petra Raja Kamaruddin berkata, pendedahannya mengenai penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam komplot memfitnah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib dan isteri bukan bererti dia membelot daripada perjuagan pembangkang.

Raja Petra berkata, dia tetap menyokong perjuangan pembangkang dan Anwar namun, ia tidak bermakna beliau harus menutup mata terhadap semua tindakan tidak demokratik yang diamalkan oleh Ketua Pembangkang itu.

Agak pelik orang semacam ini. Walaupun alasan yang beliau berikan, ia telah menjatuhkan integritinya sebagai penulis blog yang mempunyai prinsip dan maruah. Saya tidak mengenali penulis blog ini sebenarnya.

Tetapi,pendedahan ekslusif di kaca TV itu telah memberi satu persepsi kepada saya iaitu beliau bukanlah penulis blog yang boleh dipercayai lagi. Itu sahaja kesimpulan saya terhadap beliau.

Thursday, April 7, 2011

Tungakan Hutang PTPTN RM1.1 bilion

Mengikut Berita Harian 8 April 2011, seramai 214,790 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah menamatkan pengajian masih degil menjelaskan hutang tersebut yang berjumlah RM1.1 bilion, iaitu angka sejak 2007. Ini dibangkitkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled, Menteri Pengajian Tinggi.

Ini cerita lama yang tidak ada kesudahan dan nampaknya ia tidak boleh diselesaikan sehingga ke hari. Hanya berita tunggakan yang selalu kita dengar bukannya langkah bagi mengatasi masalah itu.

Pelajar-pelajar yang tidak mahu membayar itu kerana sikap...warisan sikap keturunan Melayu yang tidak suka menjelaskan pinjaman atau hutang walaupun hutang belanja dapur dari kedai-kedai di kampung.

Masalah ini dihadapi juga MARA yang mengeluarkan pinjaman kepada bapa-bapa mereka bagi menjalankan projek perniagaan. Walaupun berjaya dalam perniagaan, tidak mahu menjelaskan pinjaman MARA itu.

Jadi soal sikap, sesiapa pun tidak boleh buat apa-apa kecuali yang empunya diri itu sendiri.

Sebenarnya senang sahaja menyelesaikan tunggakan hutang PTPTN seperti yang dibangkitkan oleh Menteri itu.

Kita tahu yang tidak membayar pinjaman itu ialah majoritinya orang Melayu. Kebanyakan bekas pelajar ini bekerja dengan Kerajaan. Buat sahaja undang-undang yang membolehkan gaji bulanan mereka dipotong melalui BIRO ANGKASA bagi menjelaskan hutang PTPTN. Dulu kita ada dengar cadangan ini, tetapi ia senyap bagitu sahaja.

Apa masalah bagi melaksanakan cadangan potongan gaji, saya tak tahu.

Lagi satu cara ialah membuat potongan gaji secara paksa seperti membayar cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kerajaan ada kuasa, ia boleh melaksanakan apa sahaja demi kepentingan negara dan rakyat

"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan."

Sunday, April 3, 2011

Majlis Fatwa Pun Minat Dengan Poco-Poco

Mengikut Berita Minggu 3 April 2011, Majlis Fatwa akan menjalankan kajian bagi menentukan halal-haram tarian poco-poco. Buat masa ini hanya Perak, iaitu sebuah Kerajaan yang dikuasai oleh parti pembangkang telah mengharamkan tarian poco-poco.

Pengharaman poco-poco di Perak, mengikut kata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak ialah disebabkan oleh tarian itu mempunyai unsur kepercayaan ugama Kristian, selain pemujaan roh. Saya juga tertarik nak membaca hasil kajian yang dibuat oleh Kerajaan Perak itu.

Saya lihat poco-poco hanya tarian biasa sahaja dan telah digunakan sebagai tarian senaman. Saya tak nampak ia benda yang haram.

Sebenarnya ia isu remeh-remeh. Banyak lagi perkara besar yang perlu kita fikir dan kaji.

Dont waste our time to discuss benda remeh-remeh.

Mansid
3/4/2011

Sunday, May 16, 2010

PKR ialah "Parti Kian Runtuh"

Semasa saya menonton TV jam lebih kurang jam 11 malam ini (16 Mei 2010), saya mendengar sedutan kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu PKR ialah "Parti Kian Runtuh". Pendapat beliau itu berdasarkan kepada perkembangan politik semasa, iaitu semakin ramai pemimpin dan ahli PKR yang meninggalkan parti itu.

Pada pendapat saya, kata-kata itu boleh memberi impak buruk kepada Barisan Nasional khasnya dan UMNOnya.

Ini kerana ada kumpulan rakyat Malaysia yang tidak suka dengan sifat manusia "suka mengata orang". Rakyat Malaysia yang berpendirian "tidak suka mengata orang" akan memberi simpati kepada mereka yang "kena kata".

Rakyat Malaysia yang simpati ini berpendapat, semua orang hendaklah bersikap profesional dan gentleman. Bak kata orang Melayu, "ada mata pandang, ada telinga dengar dan ada mulut diam". Walau apa pun terjadi dalam politik dan sosio-budaya Malaysia, hendaklah tengok dan tidak perlu mengata-mengata. Tidak perlu "mengata-mengata".

Bagi UMNO dan Barisan Nasional, mereka hendaklah menguatkan kedudukan parti masing-masing. Ini kerana kekentalan Barisan Nasional dan UMNO belum diuji dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib. Pilihanraya akan datang akan menentukan kekentalan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib.

Datuk Seri Najib adalah antara pemimpin terbaik. Beliau seorang pemimpin yang profesional dan bekerja kuat untuk menguatkan UMNO dan Barisan Nasional tanpa banyak "mengata orang". Kita bimbang sikap positip dan gentleman (tidak suka mengata orang") oleh Datuk Seri Najib telah di neutralisekan atau dicairkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang lain. Ia adalah satu kerugian kepada Barisan Basional.

Kekalahan Barisan Nasional di Sibu harus menjadi iktibar kepada Barisan Nasional bahawa Barisan Nasional masih belum diterima secara solid oleh rakyat Malaysia.

Jadi kita jangan suka "mengata orang".

Mansid
Kuala Lumpur.
17 Mei 2010.

Wednesday, April 28, 2010

Melayu Tidak Boleh Menutup Mulut

Melayu Tidak Boleh Menutup Mulut

Kisah mulut dan pecah rahsia orang Melayu sudah menjadi trade mark kepada bangsa Melayu, samada daripada kesah dongeng orang-orang Melayu, buku-buku cerita orang-orang Melayu, filem-filem Melayu, sejarah kesultanan Melayu, sejarah moden dan akhirnya politik Melayu masa kini.

Kisah terbaharu politik Melayu, "saya terima RM4 juta", begitulah tajuk utama Utusan Malaysia pada hari Khamis, 29 April 2010. Seorang lagi Melayu telah memecahkan rahsia bangsanya iaitu Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau dikenali dengan Kickdefella. Melayu ini, seorang penulis blog mengaku telah menerima RM4 juta bagi membolehkan beliau menulis mengenai keburukan Tun Abdullah Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia, dan secara tidak langsung bertujuan bagi menguatkan kedudukan PAS supaya terus memerintah Kelantan.

Lebih memburukkan orang yang rapat dan di percayai akan memecahkan rahsia setiakawan. Syed Azidi dilaporkan sebelum ini cukup akrab dengan kepimpinan PAS Kelantan dan beliau pernah menjadi Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Friday, March 19, 2010