Monday, April 25, 2011

Longkai Memasang Perangkap Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan mungkin berpunca dari longkai yang
menabur paku, minyak dan pasir atas jalanraya.
Saya terbaca tajuk akhbar Utusan Malaysia hari ini (25/4/2011): "Kemalangan dirancang, trak tunda raih pendapatan lumayan."

Utusan Malaysia mengulas ada pihak yang mengupah 'longkai' bagi menabur paku, minyak dan pasir di kawasan-kawasan yang mudah berlaku kemalangan. Ini perkara biasa kita dengar dan ditempuhi. Malah ada yang menabur kacang hijau supaya  permukaan jalan menjadi semakin licin. Adalah dipercayai perbuatan khianat ini didalangi oleh pemilik bengkel kereta, ini kerana mereka inilah yang akan membuat tuntutan insurans ke atas kenderaan yang mereka baiki.

Apabila berlaku kemalangan, pihak yang mendapat keuntungan besar ialah bengkel membaiki kereta dan pengendali trak tunda yang mampu meraih keuntungan daripada duit haram ini sebanyak RM10,000 sebulan. Pihak yang rugi ialah syarikat-syarikat insurans kerana membayar tuntutan insurans kemalangan kepada bengkel kereta.

Tetapi dalam jangkapanjang yang rugi ialah pemilik kenderaan atau pemegang polisi insurans kenderaan. Ini kerana syarikat-syarikat insurans akan menaikkan kadar premium insurans setiap tahun bagi menampung kos tuntutan insurans. Jika tidak, syarikat insurans akan gulung tikar.

Perkara ini tidak diketahui oleh pihak polis walaupun meraka datang semasa membuat siasatan kemalangan. Ini disebabkan tahap profesionalisma mereka dalam menganalisis punca-punca kemalangan masih rendah. Jika mereka tahu dan sedar sudah tentu Kerajaan mengam bil tindakan yang tegas bagi melindung pengguna.

"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

1 comment:

Anonymous said...

jahat betul manusia-manusia itu..