Saturday, August 11, 2007

Universiti Pelancongan di Balik Pulau

Universiti Pelancongan di Balik Pulau

Sebuah Universiti Pelancongan dicadang dibuka di Pulau Pinang di mana YAB Perdana Menteri telah dikatakan bersetujunya.

Sumber: Mingguan Malaysia, 12 Ogos 2007

ISU

1. Mengapa perlu sebuah universiti yang khusus untuk pelancongan? Apakah rasionalanya.

2. Adakah kursus-kursus berkaitan pelancongan di institusi tempatan contohnya UITM tidak berupaya menghasilkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pelancongan?

3. Siapakan pelanggan Universiti Pelancongan di mana produk mereka (graduan) akan dibekal dan dipasarkan? (Kita harap graduan akan marketable?)

1 comment:

Tareeq Naufal said...

Pada hemah saya, bukannya institusi pengajian tinggi tempatan seperti UiTM tidak berupa menghasilkan graduan yg berpotensi dlm bidang pelancongan tetapi kita harus lihat dari sudut yg positif. Kita sedar yg UiTM sekadar memberi ruang kepada bumiputera dan diperingkat diploma dan sarjana muda sahaja secarakeseluruhannya. tetapi disini, saya percaya setiap tindakan yg diambil ada rasionalnya. Sebagai contoh di US dan Eropah, usaha membangunkan pelancongan sebagai sumber pendapatan adalah amat vital atau penting. Jadi, dengan adanya Universiti Pelancongan maka dengan itu kita boleh lebih FOKUS untuk menghasilkan graduan yg lebih berkualiti dan berkredibiliti dalam bidang ini. Usaha seperti ini seharusnya disusuli dengan sikap terbuka dan persoalan "kenapa tidak?". Kita tidak perlulah lagi bersikap "Boleh Ke?" atau "Tak cukup ke dengan apa yang ada?". kerna sikap sebegitulah yg hanya akan merugikan bangsa dan tanahair kita.