Sunday, May 16, 2010

PKR ialah "Parti Kian Runtuh"

Semasa saya menonton TV jam lebih kurang jam 11 malam ini (16 Mei 2010), saya mendengar sedutan kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu PKR ialah "Parti Kian Runtuh". Pendapat beliau itu berdasarkan kepada perkembangan politik semasa, iaitu semakin ramai pemimpin dan ahli PKR yang meninggalkan parti itu.

Pada pendapat saya, kata-kata itu boleh memberi impak buruk kepada Barisan Nasional khasnya dan UMNOnya.

Ini kerana ada kumpulan rakyat Malaysia yang tidak suka dengan sifat manusia "suka mengata orang". Rakyat Malaysia yang berpendirian "tidak suka mengata orang" akan memberi simpati kepada mereka yang "kena kata".

Rakyat Malaysia yang simpati ini berpendapat, semua orang hendaklah bersikap profesional dan gentleman. Bak kata orang Melayu, "ada mata pandang, ada telinga dengar dan ada mulut diam". Walau apa pun terjadi dalam politik dan sosio-budaya Malaysia, hendaklah tengok dan tidak perlu mengata-mengata. Tidak perlu "mengata-mengata".

Bagi UMNO dan Barisan Nasional, mereka hendaklah menguatkan kedudukan parti masing-masing. Ini kerana kekentalan Barisan Nasional dan UMNO belum diuji dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib. Pilihanraya akan datang akan menentukan kekentalan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib.

Datuk Seri Najib adalah antara pemimpin terbaik. Beliau seorang pemimpin yang profesional dan bekerja kuat untuk menguatkan UMNO dan Barisan Nasional tanpa banyak "mengata orang". Kita bimbang sikap positip dan gentleman (tidak suka mengata orang") oleh Datuk Seri Najib telah di neutralisekan atau dicairkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang lain. Ia adalah satu kerugian kepada Barisan Basional.

Kekalahan Barisan Nasional di Sibu harus menjadi iktibar kepada Barisan Nasional bahawa Barisan Nasional masih belum diterima secara solid oleh rakyat Malaysia.

Jadi kita jangan suka "mengata orang".

Mansid
Kuala Lumpur.
17 Mei 2010.

1 comment:

PANGAIT'S PLACE said...

Muhyiddin nih kebudak-budakan dan cuba memperbudakan rakyat.